“Lawatan ini penting demi keadaan sebenar pusat kesihatan di kawasan luar bandar. Saya komited membawa isu-isu yang dibangkitkan ke peringkat kementerian.” -YB Timbalan Menteri
Bekenu, 14 Julai 2025 – Dalam rangka Siri Jelajah Borneo, YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, telah melawat Klinik Kesihatan (KK) Bekenu bagi menilai keadaan semasa infrastruktur serta tahap kesiapsiagaan fasiliti untuk dinaik taraf.
Klinik ini bakal menerima bangunan baharu yang akan dibina berhampiran lokasi sedia ada.
Latar belakang:
- Dibuka sejak 1952, memberi manfaat kepada lebih 30,000 penduduk
- Terletak 45 km dari Hospital Miri
- Akses mudah ke Lebuhraya Pan Borneo melalui Simpang Bekenu
- Purata 100–150 pesakit sehari
Antara perkhidmatan yang ditawarkan:
- Unit Pesakit Luar
- Unit Kesihatan Ibu dan Anak
- Terapi Carakerja
- Penjagaan Domisiliari
- Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi
Lawatan diakhiri dengan sesi bersama warga kerja klinik untuk mendapatkan maklum balas berkaitan operasi dan kemudahan semasa.
Komitmen berterusan KKM dalam memperkasakan perkhidmatan kesihatan luar bandar akan terus menjadi keutamaan demi kesejahteraan rakyat.
Turut hadir:
* YBhg Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan)
* YBrs Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-07-15 16:03:12 daripada UKK Norhanita














