Sibuti, 14 Julai 2025 – Projek pembaikan dan naik taraf bangunan Open Air Market (Lama) kepada Wellness Hub Sibuti di Bekenu, Sarawak kini sedang giat dilaksanakan.
Wellness Hub Sibuti merupakan sebuah inisiatif strategik yang menyediakan perkhidmatan kesejahteraan dan kesihatan yang menyeluruh serta bersepadu kepada komuniti setempat.
YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat untuk meninjau tahap ketersediaan infrastruktur fasiliti tersebut.
Kerja-kerja pembaikan dan penaiktarafan ini bermula pada 5 Jun 2025 dan dijadualkan siap sepenuhnya dalam tempoh 24 minggu, iaitu pada 20 November 2025.
Bangunan ini direka bentuk dengan ciri-ciri moden dan mesra alam serta bakal menempatkan kemudahan seperti:
- Pejabat
- Bilik konsultasi
- Studio multimedia
- Ruang galeri
- Studio kecergasan dan gimnasium.
Turut hadir:
* YBhg Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan)
* YBrs Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-07-16 10:08:45 daripada UKK Norhanita












