Miri, 14 Julai 2025 — Klinik Komuniti (KK) Taman Tunku kekal menjadi pilihan utama penduduk setempat walaupun telah beroperasi sejak tahun 2012.
YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke KK Taman Tunku bagi meninjau keadaan semasa fasiliti tersebut serta mendapatkan maklum balas daripada para pengunjung bagi tujuan penambahbaikan.
Latar Belakang Klinik:
- Mula beroperasi pada tahun 2012
- Terletak 5 kilometer dari Hospital Miri
- Menerima purata sehingga 100 pesakit setiap hari
Perkhidmatan yang Disediakan:
- Rawatan untuk pesakit NCD ringan
- Penjagaan luka
- Rawatan pesakit luar
YB Timbalan Menteri turut melawat bilik pemeriksaan, makmal ringkas dan ruang menunggu pesakit.
Lawatan ini mencerminkan iltizam Kementerian Kesihatan untuk terus memperkukuh kemudahan kesihatan primer demi kesejahteraan rakyat.
Turut hadir:
* YBhg Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan)
* YBrs Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-07-16 10:26:57 daripada UKK Norhanita












