MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

HOSPITAL MIRI TERIMA KUNJUNGAN,FASILITI BAHARU DALAM PERANCANGAN

Miri, 15 Julai 2025 - Hospital Miri kini dikategorikan sebagai hospital pakar utama selaras dengan perancangan kepakaran dan subkepakaran Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Hospital Miri, YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Fasiliti Kesihatan Sarawak yang memberi tumpuan kepada keperluan peralatan perubatan serta penambahan tenaga kerja di klinik-klinik dan hospital di negeri ini.

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut meninjau Wad Pembedahan Lelaki serta Wad Lelaki/ Wanita 7A (Kelas Pertama) bagi menilai tahap kemudahan dan keselesaan pesakit.

Latar belakang:

  • Hospital Miri pada asalnya merupakan hospital umum yang diuruskan oleh syarikat minyak Shell sebelum diserahkan kepada Kerajaan Negeri pada 1 Ogos 1960.
  • Bangunan baharu beroperasi sejak awal 2024.
  • Kapasiti katil ditingkatkan kepada 677, dengan penambahan 6 bilik pembedahan, 3 klinik pakar, 20 katil rawatan harian serta peningkatan perkhidmatan Kecemasan, O&G dan Pediatrik.

Penambahbaikan ini dijangka memperkukuh keupayaan Hospital Miri dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh dan berkualiti kepada penduduk setempat dan kawasan sekitarnya.

Turut Hadir:

* YBhg Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan)

* YBrs Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak

* YBrs Dr. Jack Wong Siew Yu, Pengarah Hospital Miri

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-07-16 15:02:09 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page