MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MALAYSIA PERKUKUH USAHA ASEAN TANGANI HIV: FOKUS SARINGAN KOMUNITI & RAWATAN MAMPU MILIK

17 Julai 2025- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganjurkan Dialog Serantau ASEAN mengenai Ubat Antiretroviral Mampu Milik dan Bengkel Promosi Saringan Komuniti dari 17–19 Julai 2025 di Kuching, Sarawak. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, dengan penglibatan negara-negara ASEAN, pertubuhan antarabangsa dan wakil komuniti.

Matlamat Strategik Dialog:

  • Tingkatkan saringan komuniti untuk pengesanan awal HIV, khususnya dalam kumpulan berisiko

  • Luaskan akses ubat ARV generasi baharu seperti Dolutegravir (DTG) dan TLD secara mampu milik

  • Kukuhkan kerjasama serantau susulan penurunan dana antarabangsa

  • Perluas pelaksanaan PrEP di 35 klinik kesihatan KKM sejak 2023

Komitmen KKM:

  • Perluas akses rawatan dan ubat ARV berkualiti secara mampan
  • Perkasa komuniti sebagai rakan strategik, bukan sekadar penerima rawatan
  • Galak inovasi dan kerjasama dalam pengeluaran ubat generasi baharu
  • Dialog ini mencerminkan kesepaduan dan iltizam negara-negara ASEAN dalam memerangi HIV. Dengan sokongan pelbagai pihak, Malaysia yakin masa depan bebas AIDS mampu dicapai bersama.

KKM turut menyeru seluruh masyarakat agar berganding bahu mencapai sifar jangkitan HIV menjelang 2030.

Turut hadir:

* YBhg Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu, penaung Yayasan AIDS Malaysia, Sarawak

* YBrs Dr Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)

* Dr Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-07-23 14:48:22 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page