18 Julai 2025 — YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, menyampaikan surat tawaran bersyarat sebagai Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) kepada 150 pelajar perubatan tahun akhir Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Inisiatif ini sejajar dengan prinsip Malaysia MADANI, menekankan nilai ihsan, keadilan, dan kecekapan melalui peluang saksama, kebajikan penjawat muda, dan pembangunan modal insan kesihatan.
Fokus Utama:
- Tawaran awal secara bersyarat bantu pendekkan tempoh menunggu lepas graduasi.
- Penempatan di 45 hospital latihan KKM dan 3 hospital pengajar universiti.
- Usaha bendung brain drain dan galak graduan kekal di Malaysia.
- Graduan digesa daftar dengan SPA & MPM dalam 3 bulan selepas keputusan Senat.
- UNIMAS ialah IPT ke-21 yang laksana program ini sejak Februari 2025.
Komitmen KKM:
- Melahirkan pegawai perubatan berkualiti, berdaya tahan & beretika.
- Latihan sebagai persediaan sebelum lantikan tetap.
- MyHelp disediakan untuk aduan buli & sokongan semasa latihan.
KKM kekal komited memperkasa sumber manusia kesihatan secara inklusif, demi melahirkan doktor yang berdedikasi, beretika dan berkhidmat untuk rakyat dan negara.
Turut Hadir:
* YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit, Naib Canselor, UNIMAS
* Encik Syamsul Nizam bin Mohd Razali, Timbalan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, KKM
* Puan Joyce Evelyn Ejau, Setiausaha Bahagian Pengambilan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
* Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim, Timbalan Pengarah (Operasi), Yayasan Sarawak
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-07-23 12:00:44 daripada UKK Norhanita















