“Harmoni dalam kepelbagaian ini berakar dari ilham Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj yang meletakkan asas Bersekutu Bertambah Mutu-kepelbagaian yang membawa kepada keharmonian dan mutu.” -YAB PMX
19 Julai 2025 — YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Kebangsaan di Batu Kawan, Pulau Pinang.
- Turut hadir, YBhg. Datuk Azah Hanim binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan Malaysia yang meluangkan masa melawat reruai KKM dan menyantuni petugas serta pengunjung yang hadir.
- Komitmen KKM mencerminkan aspirasi berterusan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sihat, bersatu dan sejahtera selaras dengan visi Malaysia MADANI.
- Berbaki 1 hari sahaja lagi! Jangan lepaskan peluang terakhir untuk kunjungi reruai KKM di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-07-23 14:17:29 daripada UKK Norhanita















