23 Julai 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menilai tahap mutu perkhidmatan kesihatan serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan khusus bagi golongan wanita dan kanak-kanak.
Dalam lawatan tersebut, YB Menteri telah diberi taklimat mengenai:
- Operasi hospital
- Kapasiti katil
- Kadar penggunaan wad
- serta cabaran utama yang dihadapi, termasuk isu kekurangan tenaga kerja ,
- keperluan peralatan perubatan moden dan peningkatan infrastruktur .
YB Menteri turut berkesempatan melawat beberapa Jabatan Utama seperti
- Pusat Perubatan Nuklear ,
- Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU),
- Wad Bersalin serta berinteraksi secara langsung dengan petugas kesihatan dan pesakit .
Lawatan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh sistem kesihatan awam, khususnya dalam memastikan penjagaan kesihatan yang selamat, berkualiti dan inklusif kepada wanita dan kanak-kanak.
Turut hadir:
* YBhg Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM
* YBhg Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan)
* YBhg Dato’ Indera Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
* YBrs Dr. Muhammad Haji Jikal, Ketua Penolong Pengarah Kanan CDC JKNS
* YBrs Dr Yogendra A/L Panchalingam, Pengarah Hospital Wanita Dan Kanak-kanak
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-07-24 16:05:50 daripada UKK Norhanita














