“Kita melakar sejarah dalam memperkasa sistem kesihatan negara melalui kolaborasi MCMC-KKM secara ‘whole-of-government approach’ demi akses kesihatan yang inklusif.” -YB Menteri Kesihatan
23 Julai 2025 — Projek perintis penghantaran ubat menggunakan dron akan bermula di Sabah, dengan Klinik Kesihatan Tawau sebagai pusat utama bagi penghantaran ke dua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berdekatan.
- Sabah dipilih kerana liputan 4G (94.4%) dan 5G (69%) yang stabil serta cabaran geografi yang memerlukan pendekatan inovatif untuk menjamin kesinambungan rawatan dan bekalan ubat.
8 inisiatif utama kolaborasi ini:
- Prasarana komunikasi untuk kesihatan
- Komputer dan EMR di klinik kesihatan, termasuk klinik desa dan komuniti
- Kiosk telekesihatan di pusat NADI
- Penghantaran ubat menggunakan dron ke kawasan luar bandar
- Keselamatan siber di fasiliti kesihatan
- Geran adaptasi sistem EMR
- Hab Inovasi Hospital Pintar
- Penyertaan dalam platform kesihatan digital global
- Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menandakan kerjasama strategik memperkasa transformasi sistem kesihatan negara melalui teknologi digital bagi memperluas akses luar bandar.
- Selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI, inisiatif ini mengorak langkah Malaysia sebagai peneraju kesihatan digital serantau dan hab inovasi kesihatan global.
Hadir sama:
* YBhg Dato' Sri Suriani Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan
* YBhg Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi
* YBhg Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Pengerusi Eksekutif MCMC
* YBhg General Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin (B), Anggota Suruhanjaya MCMC
* YBrs Encik Abdul Karim Fakir Ali, Pengarah Urusan MCMC
* YB Datuk Seri Haji Ghulamhaidar@Yusof Khan Bahadar, ADUN N.28 Kawang
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-07-24 16:17:16 daripada UKK Norhanita














