23 Julai 2025 – YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan mengadakan lawatan ke Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah bagi meninjau operasi, keperluan sumber manusia serta perancangan penambahbaikan fasiliti kesihatan.
Hospital ini, yang mula dibina pada 1960-an dan siap pada Mei 1971, merupakan institusi penting rawatan psikiatri. Ia menempatkan 302 katil rasmi (260 beroperasi pada 2022), terletak 6km dari pusat bandar Kota Kinabalu dan meliputi kawasan seluas 114.65 ekar (40 ekar dibangunkan).
Perkhidmatan khusus yang ditawarkan:
- Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja
- Psikiatri Forensik
- Psikiatri Komuniti & Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI)
- Terapi Elektrokonvulsif (ECT)
- Penagihan (Addiction)
- Psikogeriatrik
Lawatan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan mental rakyat Malaysia, khususnya golongan yang memerlukan.
Turut hadir:
* YBhg Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM
* YBhg Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan)
* YBhg Dato’ Indera Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
* YBrs Dr. Muhammad Haji Jikal, Ketua Penolong Pengarah Kanan CDC JKNS
* YBrs Dr. Mohammad Firdaus bin Abdul Aziz, Pengarah Hospital Mesra Bukit Padang
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-07-24 16:23:33 daripada UKK Norhanita













