“Pelancongan perubatan bukan sekadar rawatan,ia adalah pengalaman penyembuhan yang memanusiakan.Kita menjunjung keutamaan pesakit dengan kasih sayang dan penjagaan kesihatan yang berkualiti.”-YBMK
24 Julai 2025- Malaysia membuka lembaran baharu dalam pelancongan kesihatan global dengan pelancaran rasmi Program Tahun Pelancongan Perubatan Malaysia (Malaysia Year of Medical Tourism, MYMT) 2026 oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Kempen ini mengangkat tema “Healing Meets Hospitality” yang mempamerkan penjagaan perubatan bertaraf dunia dengan kemesraaan budaya rakyat Malaysia.
Sorotan Utama:
- Malaysia sebagai Hab Pelancongan Perubatan
- Tahun 2024: 1.6 juta pelawat kesihatan.
- RM2.72 bilion hasil industri (+21%).
- Diiktiraf antara 10 destinasi perubatan terbaik dunia oleh Nomad Capitalist
- Program Flagship Medical Tourism Hospital (FMTH):
- Institut Jantung Negara
- Island Hospital Penang
- Mahkota Medical Centre
- Subang Jaya Medical Centre kini dalam pusingan akhir penilaian dan pemenang akan diumumkan pada Disember 2025!
- Pendekatan Penjagaan Holistik dan Integratif:
- Gabungan rawatan moden, Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) dan penjagaan pencegahan menjadikan Malaysia peneraju dalam ekosistem kesihatan masa depan.
- Sokongan Padu MYMT 2026:
- Dato’ Sri Siti Nurhaliza dilantik menjadi Duta MYMT 2026 sebagai satu simbol kepercayaan, keaslian dan kasih sayang.
- Menyokong Tahun Melawat Malaysia (Visit Malaysia) 2026 dengan sasaran RM12–15 bilion menjelang 2030.
MYMT 2026 merupakan satu seruan kebangsaan untuk mempamerkan keunggulan penjagaan kesihatan Malaysia di persada dunia
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #MYMT2026
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-07-25 09:06:45 daripada UKK Norhanita














