26 Julai 2025 — YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan merasmikan Aktiviti Pengumpulan Data bagi Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025: Kesihatan Warga Emas di Port Dickson. Inisiatif oleh KKM melalui Institut Kesihatan Umum (IKU) ini menumpukan kepada kesiapsiagaan negara menghadapi status negara tua menjelang 2035.
Fokus Utama -Menjelang 2050, dijangka mempunyai 2.1 bilion warga emas di dunia. Malaysia pula akan mencapai 15% populasi berumur 60 tahun ke atas menjelang 2035.
Data NHMS 2018:
* 17% sukar lakukan aktiviti harian asas.
* 42.9% hadapi kesukaran aktiviti kehidupan instrumental.
* 51.1% hipertensi, 41.8% hiperlipidemia, 27.7% diabetes.
* 34.7% alami kualiti hidup rendah; 24.6% tiada sokongan sosial mencukupi.
Fokus NHMS 2025-Tiga domain utama:
- Kesihatan mental (saringan dementia)
- Fizikal (sarkopenia, kecederaan)
- Sosial (kualiti hidup, beban penjaga)-Kajian melibatkan 16,700 kediaman secara rawak dan dijangka mencapai 5,000 responden seluruh Malaysia.
Komitmen KKM
- Laksanakan Pelan Tindakan Kesihatan Warga Emas & Dementia 2023–2030, termasuk di 465 klinik desa.
- NHMS 2025 selari dengan Rangka Tindakan Penuaan Nasional.
- Seru kerjasama semua pihak demi kesejahteraan warga emas.
NHMS 2025 penting dalam merangka dasar kesihatan yang menyeluruh dan responsif terhadap keperluan warga emas. KKM komited menjadikan Malaysia negara yang prihatin dan bersedia secara holistik hadapi penuaan penduduk.
Turut hadir:
* YBrs Dr Noor Ani Binti Ahmad, Pengarah Institut Kesihatan Awam
* YBrs Dr. Murizal Bin Zainol, Pengurus Institut Kesihatan Negara
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-07-28 10:31:33 daripada UKK Norhanita














