“Melalui latihan,pemantauan,bimbingan teknikal dan kerjasama sektor swasta,KKM terus menyokong pelaksanaan BFHI sebagai komponen utama dalam perkhidmatan kesihatan materniti dan neonatologi.” -YB Timbalan Menteri
25 Julai 2025 – YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan melancarkan Jelajah Madani Baby-Friendly Hospital Initiative (BFHI) Hospital Swasta Malaysia 2025.
BFHI ialah insiatif WHO & UNICEF sejak 1991 yang melindungi, menyokong dan mempromosikan penyusuan susu ibu.Jelajah ini digerakkan dengan tiga objektif utama:
- Memperluaskan promosi BFHI, khususnya di hospital swasta.
- Mengukuhkan sokongan masyarakat untuk menjadikan penyusuan susu ibu sebagai pilihan utama.
- Memperkukuh sinergi awam-swasta bagi dasar kesihatan yang mampan & inklusif.
Matlamat BFHI:
- Menyokong penyusuan susu ibu secara optimum di semua fasiliti kesihatan awam dan swasta.
- Mengetengahkan hospital swasta yang diiktiraf & galakkan penyertaan lebih luas.
Komitmen KKM:
* Terus memperkukuh agenda penyusuan susu ibu selaras Dasar Pemakanan Negara & SDG 2030.
* BFHI akan terus disokong melalui latihan, pemantauan dan kerjasama strategik.
Program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran, malah mengukuhkan kerjasama kerajaan-swasta dalam menjayakan penyusuan susu ibu secara menyeluruh di Malaysia.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-07-28 11:00:23 daripada UKK Norhanita














