MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SIMPOSIUM PAEDIATRIK ANTARABANGSA: MERAPAT JURANG,SELAMATKAN NYAWA

26 Julai 2025 — SunMed International Paediatric Symposium 2025 yang berlangsung di Sunway City telah dirasmikan oleh YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan. Bertemakan “Paediatrics Without Borders: Bridging Subspecialist ,Saving Lives,”  ia menghimpunkan lebih 19 subkepakaran dari dalam dan luar negara.

Fokus Simposium:

  • Jurang akses kepada pakar paediatrik masih wujud, terutama di kawasan luar bandar.
  • “Tanpa sempadan” merujuk bukan hanya geografi, tetapi juga jurang bandar-luar bandar, awam-swasta, dan antara disiplin perubatan.
  • Topik utama: Neonatal kecemasan, ECMO, onkologi, neurologi dan penyakit jarang jumpa.
  • Kolaborasi pelbagai pihak penting bagi rawatan kanak-kanak lebih cekap dan menyeluruh.
  • Perluas latihan dan fellowship dalam subkepakaran penting seperti kardiologi dan pembangunan kanak-kanak.
  • Kukuhkan kerjasama awam-swasta melalui rujukan, latihan dan penyelidikan bersama.
  • Perkenal Rangkaian Telekesihatan Paediatrik Kebangsaan bermula di Sabah & Sarawak untuk sokongan subpakar masa nyata.
  • Laksana Pelan Strategik Kesihatan Kanak-Kanak termasuk saringan perkembangan, kesihatan mental dan penglibatan ibu bapa.

KKM menyokong penuh usaha Sunway Medical Centre memperkasa bidang paediatrik. Simposium ini dijangka memberi impak besar ke arah kesihatan kanak-kanak yang lebih saksama dan inklusif.

Turut hadir:

* YBhg Dato’ Lau Beng Long, Presiden Kumpulan Kesihatan Sunway

* YBrs Dr. Saravanan S.R. Sundaramurthy, Pengarah, Unit Prestasi Kesihatan (HPU) KKM

* YBrs Dr. Khoo Chow Huat, Pengarah Urusan, Operasi Hospital dan Penjagaan Kesihatan, Kumpulan Kesihatan Sunway

* Yang Berbahagia Dr. Seow Vei Ken, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Sunway, Sunway City

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-07-28 11:27:30 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page