MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PEMAKANAN SIHAT, TANGGUNGJAWAB BERSAMA : DAPATAN NHMS 2024 (PEMAKANAN)

“Isu pemakanan adalah isu yang perlu ditangani menggunakan pendekatan whole of government .“ -YB Menteri Kesihatan

5 Ogos 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Hasil Penyelidikan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024: Pemakanan di Parlimen.

Dapatan utama NHMS 2024:

  • Remaja: Hanya 12.8% mengambil sekurang-kurangnya dua sajian buah, dan 5.2% mengambil tiga sajian sayur setiap hari.
  • Dewasa: 17.1% mengambil buah dan 12.2% mengambil sayur mengikut saranan.
  • Pengambilan susu/tenusu: Hanya 2.9% remaja dan 0.7% dewasa mengambil dua sajian seperti yang disyorkan dalam Garis Panduan Diet Malaysia 2020.
  • Gula berlebihan: 63.1% remaja dan 47.0% dewasa melebihi saranan pengambilan, separuh daripadanya berpunca daripada minuman bergula.
  • Lemak berlebihan: 36.1% remaja, 34.9% dewasa dan 34.1% warga emas mengambil lebih daripada 30% jumlah tenaga harian daripada lemak.
  • Garam berlebihan: 75.9% dewasa mengambil melebihi 5g sehari, dengan purata pengambilan harian sebanyak 7.3g atau bersamaan 1½ sudu teh.

Tindakan KKM:

  • Memperluas akses & advokasi kepada pemakanan sihat.
  • Memastikan harga yang berpatutan bagi sayuran-sayuran, buah-buahan dan produk tenusu.
  • Melaksanakan kawalan yang lebih terperinci terhadap pengambilan gula dan garam.
  • Menunjukkan kepimpinan melalui teladan — majlis rasmi kerajaan tidak lagi menghidangkan minuman bergula.

KKM komited komited memperkukuh usaha dan advokasi pemakanan sihat dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-08-08 16:45:23 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page