MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KARNIVAL “SIHAT MILIK SEMUA” ANJURAN JKN PERLIS DENGAN KERJASAMA YAYASAN AMAL TENGKU HAJAH BUDRIAH PERLIS (YATHB) SERTA KERAJAAN NEGERI PERLIS

9 Ogos 2025 — Karnival “Sihat Milik Semua” anjuran JKN Perlis dengan kerjasama Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah Perlis (YATHB) serta Kerajaan Negeri Perlis sempena Sambutan Jubli Perak (25 tahun) Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail turut berkenan bercemar duli bagi menyempurnakan majlis perasmian.

Fokus program karnival:

  1. Memperkukuh kesihatan komuniti melalui inisiatif MADANI Afiat dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)
  2. Mendekati dan menyantuni masyarakat secara langsung
  3. Meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan bagi mencegah Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
  4. Menyemai kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental.

Selain pameran reruai daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan, turut diadakan pelbagai program menarik, antaranya:

  • Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap Rokok (BeBAs) di Arked Niaga Padang Besar, merangkumi penyerahan plak pengiktirafan BeSS dan pengedaran pelekat Tanda Dilarang Merokok
  • Pelancaran “Ops Selamat Paru-Paru (Ops Selamat PaPa)” peringkat Negeri Perlis - bertujuan mengawal penjualan dan penggunaan produk merokok, termasuk rokok elektronik dan vape.
  • Program MADANI Afiat - Merakyatkan perkhidmatan kesihatan dengan fokus kepada promosi kesihatan, pencegahan penyakit dan pembudayaan gaya hidup sihat di peringkat komuniti. YB Menteri turut menziarahi 6 orang pesakit berkeperluan di Felda Mata Air, Padang Besar, serta menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian.

KKM komited memperkukuh usaha promosi kesihatan, pencegahan penyakit dan pembudayaan gaya hidup sihat demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #ANMS

image image image image
image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-08-11 14:53:45 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page