MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM ‘ECO FUN RUN’ ANJURAN YAYASAN AMAL TENGKU HAJAH BUDRIAH

10 Ogos 2025 — Karnival Sihat Milik Semua 2025 diteruskan pada hari terakhir dengan Program ‘Eco Fun Run’ anjuran Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah bersama Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Karnival Sihat Milik Semua 2025 diteruskan dengan Program “Eco Fun Run” anjuran Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Program berkonsepkan larian/ berjalan santai sejauh 6 kilometer mengelilingi Bukit Lagi Ecopark, Kangar ini disertai oleh hampir 2,000 orang peserta.

Latar belakang:

  • Yayasan ini ditubuhkan bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit kronik, khususnya mereka yang menghidap kanser dan penyakit buah pinggang, terutamanya di Negeri Perlis.
  • Berdedikasi dalam usaha membantu pesakit kronik di Perlis melalui pengumpulan dana menerusi pelbagai aktiviti amal.

Objektif program:

  • Mempelopori budaya hidup sihat dan santai bersama keluarga serta rakan taulan sambil beriadah.
  • Menyemai sifat prihatin masyarakat terhadap pemuliharaan dan kebersihan alam sekitar.

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis serta Yang Amat Mulia (YAM) Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, berkenan berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan upacara pelepasan peserta larian.

Acara ini turut disertai oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YBhg Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM.

Program karnival ini melabuhkan tirainya dengan sesi cabutan bertuah anjuran pihak Yayasan khusus untuk para peserta Eco Fun Run.

KKM dan JKN Perlis komited dalam memastikan perkhidmatan kesihatan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, khususnya di peringkat komuniti sebagai akar umbi. Usaha ini bukan sahaja menjadi pemangkin kepada pemerkasaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), malah seiring dengan nilai-nilai MADANI – Kemampanan, Kesejahteraan dan Ihsan.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-08-12 14:49:05 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page