11 Ogos 2025- Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Kerajaan Sarawak melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sarawak Bil. 1/2025 membincangkan langkah strategik meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan, menambah baik infrastruktur, memenuhi keperluan tenaga kerja, serta merancang pembangunan jangka panjang sistem kesihatan Sarawak.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.
Kerjasama ini selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk memastikan kesaksamaan dan pembangunan seimbang di seluruh negara.
Dengan semangat kebersamaan, saling menghormati dan nilai ihsan Malaysia MADANI, KKM komited menyediakan penyelesaian mampan demi kesejahteraan rakyat Sarawak dan kemajuan negara.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-08-12 09:43:59 daripada UKK Norhanita














