12 Ogos 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, memulakan lawatan kerja rasmi beliau ke lokasi fasiliti kesihatan di Sandakan dan Kinabatangan Sabah. Lawatan ini bukan sekadar meninjau fasiliti, tetapi mencerminkan komitmen KKM menyantuni rakyat, memahami realiti lapangan, menghargai pengorbanan petugas kesihatan, dan memastikan akses rawatan berkualiti untuk semua, termasuk komuniti pedalaman.
Rangkuman hari pertama:
- Perasmian fasiliti baharu Projek Naik Taraf Klinik Daif (RMKe-12)
- Pelaksanaan program imunisasi
- Sesi libat urus bersama komuniti
- Perbincangan pembangunan hospital dan klinik kesihatan baharu di Sabah
- Penyerahan surat tawaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi pelantikan tetap Pegawai Perubatan UD10.
Lokasi lawatan:
- Klinik Desa Karamunting
- Hospital Duchess of Kent
- Klinik Desa Ulu Dusun
- Hospital Kinabatangan
- Klinik Kesihatan Bukit Garam
- Klinik Kesihatan Batu Puteh
Lawatan ini menegaskan iltizam KKM untuk memperkukuh perkhidmatan kesihatan, seiring aspirasi Malaysia Madani.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-08-13 10:21:31 daripada UKK Norhanita



























