13 Ogos 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, meneruskan lawatan kerja rasmi beliau ke lokasi fasiliti kesihatan di Lahad Datu dan Kunak Sabah.
Lawatan ini bertujuan meninjau secara dekat realiti serta cabaran di lapangan, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, di samping mengiktiraf komitmen serta pengorbanan para petugas kesihatan. Keutamaan diberikan bagi memastikan setiap rakyat memperoleh perkhidmatan rawatan yang berkualiti, saksama dan menyeluruh.
- Rangkuman hari ke-2:
- Perasmian fasiliti baharu Projek Naik Taraf Klinik Daif (RMKe-12)
- Pelaksanaan program imunisasi
- Sesi program bersama komuniti
- Perbincangan pembangunan hospital dan klinik kesihatan di Sabah
- Penyerahan surat tawaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi pelantikan tetap Pegawai Perubatan UD10
Lokasi lawatan:
- Hospital Lahad Datu
- Klinik Kesihatan Lahad Datu
- Klinik Desa Lamag
- Klinik Desa Lormalong
- Hospital Kunak
- Pejabat Kesihatan Daerah Kunak
KKM terus komited berada di sisi rakyat, memastikan tiada yang terpinggir daripada hak mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik. Selaras aspirasi Malaysia MADANI, usaha ini memperkukuh sistem kesihatan negara yang inklusif, berdaya tahan dan mampan demi kesejahteraan generasi kini dan masa hadapan.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-08-14 10:32:31 daripada UKK Norhanita



























