“Ayuh jadikan pendermaan organ sebagai warisan kemanusiaan yang diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.Ia adalah legasi kasih sayang ,pengorbanan, dan keabadian kebaikan.” YB Menteri Kesihatan
17 Ogos 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan merasmikan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) Peringkat Kebangsaan 2025 di Taman Tasik Titiwangsa dengan tema “Derma Organ: Warisku, Hormati Ikrarku”.
Program anjuran Bahagian Perkembangan Perubatan bersama Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta sokongan masyarakat terhadap pendermaan organ.
Sehingga Julai 2025, lebih 10,000 pesakit masih menunggu transplan organ, majoritinya pesakit buah pinggang. Namun begitu, kadar pendermaan selepas kematian kekal rendah — hanya 46 kes pada 2024 (1.33 penderma per sejuta penduduk).
Walaupun berdepan cabaran, terdapat perkembangan positif:
- 404,975 rakyat Malaysia berikrar sebagai penderma organ sejak 1997
- 16,635 pengikrar baharu pada 2025 melalui aplikasi MySejahtera
- 3,300 transplan organ berjaya dilaksanakan
- 200 kes pendermaan tisu pada 2024 (kornea, injap jantung, dan lain-lain)
- Pencapaian bersejarah, 74% transplan kornea pada 2024 guna tisu warga tempatan
Malaysia komited dalam kerangka WHO dan akan membawa agenda pendermaan organ ke peringkat serantau apabila mempengerusikan ASEAN Health Ministers’ Meeting (AHMM) 2026.
KKM merangka transformasi NTRC menjadi National Transplant Centre (NTC) bagi memperkukuh tadbir urus, memperluas kapasiti serta mempercepat inovasi, setaraf amalan terbaik antarabangsa.
KKM menegaskan komitmennya untuk memastikan akses kesihatan, termasuk transplan organ dan tisu, dapat dinikmati seluruh rakyat, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-08-18 11:27:34 daripada UKK Norhanita








 PERINGKAT KEBANGSAAN 2005/1.jpg)
 PERINGKAT KEBANGSAAN 2005/2.jpg)
 PERINGKAT KEBANGSAAN 2005/3.jpg)
 PERINGKAT KEBANGSAAN 2005/4.jpg)
 PERINGKAT KEBANGSAAN 2005/5.jpg)
 PERINGKAT KEBANGSAAN 2005/7.jpg)
 PERINGKAT KEBANGSAAN 2005/8.jpg)
 PERINGKAT KEBANGSAAN 2005/9.jpg)

