18 Ogos 2025 —”Program ini berperanan mengenal pasti isu setempat agar pemimpin bertanggungjawab dapat menjadi pemudah cara dalam menyelesaikannya .” -YBhg.Dato’ Sri KSU KKM
Sejumlah RM1 juta diperuntukkan untuk penduduk Kampung Santan Selatan melalui Program Kampung Angkat MADANI KKM yang diluncurkan oleh YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM.
Inisiatif ini turut mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan negeri dan persekutuan termasuk:
- Unit Penyelarasan Pelaksanaan (Jabatan Perdana Menteri)
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
- Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
- Jabatan Kerja Raya
- Jabatan Pengairan dan Saliran
- Majlis Perbandaran Kangar
- Telekom Malaysia
- Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, Kampung Santan Selatan
Fokus pembangunan komuniti dan infrastruktur meliputi:
- Naik taraf Klinik Desa Santan
- Penyediaan ruang solat & tandas OKU di Masjid Nurus Said
- Penambahbaikan sistem pembuangan sampah
- Penyediaan capaian internet (Wi-Fi)
- Pembinaan & baik pulih jalan kampung
- Penganjuran aktiviti kemasyarakatan
Selain itu, Sekolah Kebangsaan Santan dipilih sebagai Sekolah Angkat MADANI dengan peruntukan RM100 ribu.
Inisiatif ini akan memperkukuh kesejahteraan masyarakat serta melahirkan komuniti yang lebih berdaya tahan, inklusif dan sejahtera selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-08-19 10:40:39 daripada UKK Norhanita


















