“KKM melaksanakan inisiatif berperingkat bagi menilai potensi pengiktirafan amalan perubatan tradisional Orang Asli Semenanjung,Anak Negeri Sabah dan Sarawak di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 [Akta 775].”-YB Timbalan Menteri Kesihatan
22 Ogos 2025 — Program Jalinan MADANI bersama pengamal perubatan tradisional Sarawak anjuran KKM dengan kerjasama Jabatan Premier Sarawak dirasmikan oleh YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan.
Program yang bermula pada awal Julai 2025 di semenanjung, akhir Julai di Sabah dan kini diteruskan di Sarawak.
Matlamat:
- Memelihara & mendokumentasi
- Menilai secara saintifik
- Mengangkat warisan perubatan tradisional
- Selari dengan PuTERA35, One Health & WHO Traditional Medicine Strategy 2025–2034.
Seramai 163 peserta di Sarawak terlibat, merekod amalan seperti urutan tradisional, penggunaan herba dan amalan spiritual.
KKM sentiasa komited dalam mengembangkan dan memulihara setiap aspek perkhidmatan kesihatan secara inklusif bagi memastikan selain kesihatan rakyat terpelihara, rawatan warisan juga terpulihara.
Turut hadir:
* YBhg Dato Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM
* YBrs Dr. Goh Cheng Soon, Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari KKM
* YBrs Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-08-25 10:01:11 daripada UKK Norhanita













