21 Ogos 2025- Bengkel Pemantapan Hala Tuju Kepakaran dan Subkepakaran Perubatan Dalaman berlangsung pada 20–22 Ogos 2025 di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam dengan penyertaan 183 peserta terdiri daripada ketua kepakaran dan subkepakaran, ketua jabatan serta pasukan Onkologi dan Psikiatri. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan.
Dengan tema “Envisioning as One, Redefining Boundaries, Realigning Excellence”, bengkel ini memperkukuh perancangan strategik, menyelaras hala tuju, serta memperkasa perkhidmatan kepakaran dan subkepakaran demi penyampaian lebih mampan, berkualiti dan inklusif untuk rakyat.
Objektif bengkel:
- Membincangkan hala tuju dan isu terkini perkhidmatan perubatan
- Memperkukuh kerjasama antara kepakaran dan subkepakaran
Dalam majlis ini turut dilancarkan Inisiatif Desentralisasi Hepatitis B serta 7 Garis Panduan Special Interest Group (SIG) meliputi:
- Heart Failure Clinic
- Geriatric Medicine
- Stroke Thrombolysis
- Gastrointestinal Endoscopy
- Peritoneal Dialysis
- Palliative & End-of-Life Care
Inisiatif ini mengukuhkan komitmen KKM dalam meningkatkan mutu perkhidmatan Perubatan Dalaman untuk semua.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-08-25 10:10:21 daripada UKK Norhanita
















