MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KERJASAMA AWAM-SWASTA TINGKATKAN AKSES RAWATAN KANSER

Kerjasama dengan Roche Malaysia ini mengukuhkan kolaborasi awam-swasta selaras agenda reformasi ,dengan membawa penjagaan kanser lebih dekat kepada rakyat. YB Menteri Kesihatan

25 Ogos 2025 — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Roche Malaysia bagi memperkukuh inisiatif Cancer Care Closer to Community, iaitu usaha mendesentralisasi rawatan dan penjagaan susulan pesakit kanser ke hospital-hospital di luar pusat onkologi utama.

MoU ini mengukuhkan kerjasama awam-swasta dalam meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti rawatan kanser di seluruh negara, agar pesakit mendapat rawatan tepat pada masanya tanpa mengira lokasi.

Kerjasama memberi fokus kepada:

  • Pembangunan model dan modul Cancer Care Closer to Community yang boleh disesuaikan dan diperluas ke seluruh negara.
  • Pengukuhan kapasiti jururawat onkologi melalui pendekatan Train-the-Trainer bagi memastikan rawatan selamat dan berkemahiran tinggi.

Inisiatif ini memudahkan rakyat mendapat rawatan lebih dekat dengan komuniti, selaras dengan nilai MADANI — Kemampanan, Kesejahteraan dan Ihsan.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image

Kemaskini pada 2025-08-29 16:15:33 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page