MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

FASILITI KESIHATAN PENTING UNTUK AKSES RAWATAN SEGERA BAGI DAERAH PESAT MEMBANGUN

“Hospital ini dijangka mengurangkan beban pesakit dan meningkatkan tahap kesihatan penduduk Parit Buntar serta kawasan sekitar.” -YB Timbalan Menteri Kesihatan

26 Ogos 2025 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima serahan rasmi Projek Pembinaan Hospital Parit Buntar, Perak daripada Kementerian Kerja Raya (KKR). Majlis serahan disempurnakan oleh Ir. Suzzana binti Punari (JKR) kepada YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani (KKM), disaksikan YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan dan YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya.

Projek bernilai RM173.3 juta di bawah RMK-10 ini siap 23 Julai 2025, melibatkan 6 blok setinggi 3 tingkat dengan 76 katil. Hospital baharu lebih luas, selesa dan kondusif demi kesejahteraan pesakit serta petugas.

Fasiliti utama:

  • 2 dewan bedah (1 mula beroperasi Jan 2026)
  • Unit Kecemasan dengan 4 katil kritikal, 8 separa kritikal, 4 kerusi asma & 3 bilik One Stop Crisis Centre (OSCC)
  • Hemodialisis untuk 38 pesakit
  • High Dependency Unit (HDU) dilengkapi dengan 4 katil bagi rawatann kritikal

Hospital mula beroperasi 3 September 2025 dengan perkhidmatan Perubatan Am, Pembedahan Am, Paediatrik, Obstetrik & Ginekologi dan Ortopedik, menggantikan hospital lama (1931). Bangunan lama akan dijadikan Klinik Kesihatan & Klinik Pergigian baharu.

Selaras aspirasi Malaysia MADANI, KKM dan KKR komited memperkukuh kerjasama strategik dengan tatakelola baik, memastikan projek siap mengikut kualiti, kos & masa ditetapkan. KKM terus memperkasa infrastruktur kesihatan demi kesejahteraan rakyat.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #ProjekSiapKKM

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-08-29 16:24:11 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page