26 Ogos 2025 - YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, mengadakan lawatan rasmi ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar dengan fokus untuk:
- Memastikan fasiliti sentiasa diselenggara dengan baik
- Meningkatkan mutu dan nilai tambah perkhidmatan mengikut keperluan semasa
- Memastikan hospital sentiasa siapsiaga menerima pesakit
YB Menteri Kesihatan turut diberi taklimat berkaitan:
- keadaan semasa hospital
- Keperluan semasa yang perlu dipenuhi seperti ruang yang memerlukan penambahbaikan
Latar belakang HPSF:
- Dahulu dikenali sebagai Hospital Muar, ditukar nama pada 13 Oktober 2003
- Hospital Kategori Jenis 2, iaitu Lead Cluster bagi Johor Utara (HPSF, Hospital Segamat & Hospital Tangkak)
- Menyediakan 18 kepakaran utama termasuk Perubatan, Pembedahan Am, Ortopedik, Anestesiologi, Kecemasan & Trauma, serta lawatan pakar Hematologi, Onkologi, Neurologi Pediatrik dan Perubatan Paliatif
- Kapasiti: 575 katil
Lawatan ini menegaskan komitmen KKM dalam memastikan setiap fasiliti kesihatan sentiasa berdaya saing, berkualiti dan dekat dengan rakyat.
Turut hadir:
* YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM
* YBhg Dato’ Indera Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
* YBrs Dr. hj. Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-09-02 08:43:19 daripada UKK Norhanita














