“Beban penyakit buah pinggang sangat besar ,tetapi begitu juga dengan kapasiti kolektif kita untuk berinovasi dan bekerjasama.” YBTMK
3 September 2025- Malaysia menjadi tuan rumah kepada 11th Asia Pacific Chapter Meeting of the International Society of Peritoneal Dialysis (ISPD) dan 39th Annual Congress of the Malaysian Society of Nephrology (MSN) di KLCC dan perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Persidangan ini menghimpunkan pakar serantau dalam usaha untuk memajukan rawatan dialisis dan penjagaan buah pinggang.
Antara sorotan utama yang diketengahkan KKM:
- Memantapkan polisi PD-First untuk akses rawatan lebih inklusif;
- Memperkasan fasiliti dan sokongan kepada pesakit melalui Belanjawan 2025
- Menggalakkan inovasi dengan model pembiayaan bersepadu dan perkongsian awam–swasta
- Menfokuskan kepada saringan awal terhadap diabetes dan hipertensi, memperluaskan akses kepada luar bandar, serta menggalakkan pendermaan organ sebagai rawatan.
KKM turut merakamkan penghargaan kepada ISPD, MSN serta rakan penganjur atas dedikasi memajukan penjagaan buah pinggang di rantau ini
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-09-08 12:41:04 daripada UKK Norhanita















