4 September 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan menghadiri sesi Dialog Belanjawan 2026: Sektor Kesihatan; dengan penyertaan wakil-wakil persatuan, rakan strategik serta pemain industri daripada pelbagai latar belakang sektor kesihatan.
Dialog ini menghasilkan pelbagai cadangan dan input yang menumpukan kepada tiga kluster utama:
- Kesihatan Awam Dan Pencegahan Penyakit
- Kesihatan Digital Dan Inovasi
- Merakyatkan Perkhidmatan Kesihatan Berdasarkan Keperluan Awam
KKM komited menjadikan dialog ini sebagai wadah libat urus penting bagi memperhalusi cadangan serta merangka strategi bersama, ke arah memperkukuh sistem kesihatan negara selaras aspirasi Malaysia MADANI.
Turut hadir:
* YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM
* YBhg. Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-09-08 12:52:21 daripada UKK Norhanita















