“Ukuran kejayaan sesebuah negara adalah bagaimana kita mampu mengagihkannya dengan adil dan memberi keselesaan kepada rakyat ,terutama yang kecil dan terpinggir.”-YAB PMX
6 September 2025 — Program Madani Rakyat 2025 Kedah melabuhkan tirainya dengan Majlis Perasmian Penutupan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri di Kompleks Sukan Majlis Daerah Baling, Kedah.
Pengunjung dihiburkan dengan persembahan nasyid dan Pocket Talk Latihan di ILKKM oleh Institut Latihan Alor Setar.
Reruai Utama Kementerian Kesihatan Malaysia turut menerima kunjungan istimewa daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah diiringi Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Nor’Aishah binti Abu Bakar yang hadir memberi sokongan kepada petugas serta beramah mesra bersama para pengunjung.
Program Madani Rakyat Kedah mencatatkan jumlah pengunjung seramai 36, 604 orang - rekod tertinggi sepanjang penglibatan KKM dalam Program Madani Rakyat — dengan pecahan harian seperti berikut:
- 4 September 2025 – 5,274 orang
- 5 September 2025 – 13,178 orang
- 6 September 2025 – 18,152 orang
KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah memeriahkan Program Madani Rakyat 2025 Kedah. Sokongan anda menjadi inspirasi untuk kami terus memperkasa perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan bersama.
‘Rakyat Prihatin,Negaara Aman ,Masa Depan Terjamin’
#ProgramMADANIRakyat2025 #PMR2025Kedah #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-09-08 15:24:40 daripada UKK Norhanita

















