“Sejak 2022,Malaysia telah mengklasifikasikan semula produk Terapi Penggantian Nikotin (NRT) seperti gula-gula getah dan tampalan nikotin kepada status over-the-counter (OTC) -langkah penting yang berjaya memperluas akses rawatan berhenti merokok.”-YB Menteri Kesihatan
6 September 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Pelancaran Live, Laugh, Lungs sempena Hari Paru-Paru Sedunia yang bertemakan Healthy Lungs, Healthy Lives. Tema ini menekankan kepentingan penjagaan paru-paru sejajar dengan usaha Malaysia melalui Resolusi Kesihatan Paru-Paru yang telah diluluskan pada Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) Mei 2025.
Beban penyakit paru-paru di Malaysia:
- Kanser paru-paru
- Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD)
- Asma & jangkitan pernafasan (pneumonia, TB, COVID-19, influenza)
- 6,183 kes baharu TB direkodkan pada tahun 2024
- 500 ribu kanak-kanak (6–17 tahun) & 1.4 juta dewasa menghidap asma
- Kanser paru-paru merupakan kanser ke-2 tertinggi dalam kalangan lelaki dan ke-3 dalam kalangan wanita di Malaysia
KKM komited untuk terus memperkukuh agenda kesihatan paru-paru negara melalui dasar, program pencegahan serta intervensi rawatan yang menyeluruh demi kesejahteraan rakyat.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-09-08 15:17:00 daripada UKK Norhanita
















