“Kesihatan adalah aset paling berharga ,dan pelaburan dalam kesihatan adalah pelaburan masa depan negara .” -YB Menteri Kesihatan
8 September 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan menyampaikan ucaptama bertajuk “Reformasi Pembiayaan Kesihatan: Mencapah Capaian, Mendepani Cabaran” di INTAN Wilayah Timur, Kemaman, dihadiri lebih 900 penjawat awam serta kepimpinan INTAN, JPA dan KKM.
Program menekankan hala tuju baharu pembiayaan kesihatan negara, khususnya menangani cabaran inflasi kos rawatan swasta 15% pada 2024.
Inisiatif utama:
- Penubuhan Dana Kesihatan Nasional (DKN) bagi menjamin akses kesihatan berkualiti & mampu milik
- Rakan KKM sebagai pilihan tambahan tanpa menjejaskan sistem awam
- RESET – Revamp, Enhance, Strengthen Digital, Expand, Transform – merombak landskap pembiayaan swasta
- Penekanan kepada value-based healthcare & pencegahan kesihatan
Reformasi inklusif ini melibatkan sektor awam, swasta, pakar & masyarakat, demi menjamin perkhidmatan kesihatan adil, mampan & berdaya tahan selaras aspirasi Malaysia MADANI.
Turut hadir, YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg Datuk Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) dan YBhg Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan).
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-09-09 10:00:12 daripada UKK Norhanita


















