“Perhati & Pilih,Lihat,Hidu,Rasa” -amalan kecil tetapi besar kesannya dalam mencegah keracunan makanan dan menjaga kesihatan keluarga.” -YB Menteri Kesihatan
13 September 2025 – YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Apron Walk sempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2025 bertemakan “Food Safety: Science in Action”.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menganggarkan ;
- 1 daripada 10 orang jatuh sakit setiap tahun akibat penyakit bawaan makanan.
- lebih 200 penyakit di dunia berpunca daripada makanan yang tercemar.
- Kos rawatan penyakit bawaan makanan di seluruh dunia mencecah RM60 billion (USD15 billion) setahun.
Selaras dengan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) dan Kempen ‘Sihat Itu Saya’, penganjuran ini menyokong gaya hidup sihat serta memperkasa pengetahuan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan makanan berasaskan ilmu sains.
KKM akan terus memperkukuh kawalan keselamatan makanan dengan inisiatif advokasi berimpak tinggi, sejajar dengan nilai MADANI – Kesejahteraan, Kemampanan, Daya Cipta dan Ihsan.
Turut hadir;
* YB Tuan Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
* YBhg Datuk Azah Hanim Binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KKM
* YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM
* YBrs. Dr. Fauziah binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian), KKM
* YBrs. Ts. Zailina Binti Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan), KKM
* YBhg Dato’ Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang
* YBrs. Tuan Haji Sazly Azizuddin bin Sahaimi, Presiden Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-09-22 14:56:26 daripada UKK Norhanita



















