MADANI menekankan pertumbuhan mampan yang seiring dengan ihsan, rahmah dan nilai luhur. Kita mahu kemajuan ekonomi,teknologi dan transisi tenaga,namun tetap berteraskan budaya,budi pekerti dan nilai kemanusiaan .Inilah harapan saya dengan semangat Hari Malaysia.” -YAB PMX
16 September 2025 — YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri merasmikan Sambutan Hari Malaysia 2025 di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, Pulau Pinang. Majlis ini menzahirkan iltizam Kerajaan MADANI untuk terus memupuk serta memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya di tanah air.
Hadir sama, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM.
KKM komited untuk terus memperkukuh semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-09-23 09:09:07 daripada UKK Norhanita













