19 September 2025 — YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan menyertai Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di Labuan, yang merupakan lokasi ke-15 sejak program ini dilancarkan pada Februari 2024.
Program BeBAs meningkatkan kesedaran kebersihan, keselamatan makanan & larangan merokok di premis. Premis yang patuh menerima pengiktirafan Bersih & Selamat (BeSS) berasaskan pematuhan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852], Akta Makanan 1983 [Akta 281] serta peraturan berkaitan.
Capaian (1 Okt 2024 – 31 Ogos 2025):
- 365,765 premis dilawati
- 19,175 operasi
- 114,939 kompaun
- 915 kertas siasatan dibuka
Sehingga Jun 2025, 14,509 premis diiktiraf BeSS, termasuk 8 premis di Labuan.
KKM menyeru semua pihak berganding bahu membudayakan premis bersih, makanan selamat & persekitaran bebas asap rokok menjelang 2040, selaras nilai MADANI: Kemampanan & Kesejahteraan.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-09-23 09:27:42 daripada UKK Norhanita

















