MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA 2025-INISIATIF : HEALTHY LIVING MALL”

“Jika rakyat berkumpul di pusat beli-belah ,di situlah budaya hidup sihat wajar disemai.Matlamatnya adalah memperluaskan ruang sihat dan mesra  keluarga di seluruh negara agar rakyat mempunyai akses kepada gaya hidup sihat .” -YB Menteri Kesihatan

20 September 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan menyempurnakan program Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Kebangsaan 2025.

KKM memperkenalkan inisiatif Healthy Living Mall, iaitu pusat beli-belah mesra pembudayaan hidup sihat bagi meningkatkan literasi kesihatan rakyat.

Dapatan NHMS 2023:

  • 1 daripada 2 dewasa (54.1%) berlebihan berat/obes
  • 1 daripada 6 (15.6%) menghidap diabetes
  • 1 daripada 3 menghidap hipertensi (29.2%) dan kolesterol tinggi (33.3%)

Komponen Healthy Living Mall:

  • Kekal Aktif – Laluan berjalan, ruang rekreasi, healing space, aktiviti fizikal berkala
  • Makanan sihat dan selamat — Promosi HCL, premis BeSS, buah & sayur di pintu masuk, pilihan susu sihat
  • Bebas asap rokok — Larangan merokok/vape di dalam & sekitar pusat beli-belah selaras Akta 852
  • Kitar semula — Kutipan e-waste bersama sukarelawan MyCHAMPION untuk manfaat komuniti
  • Promosi Media — Mesej kesihatan di lif, troli, platform digital serta inisiatif ‘healthy hour’

KKM menyeru pengusaha premis makanan dan minuman agar menyediakan lebih banyak pilihan menu sihat, selaras dengan Agenda Kesihatan Negara dan nilai MADANI.

Turut hadir;

* YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM

* YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), KKM

* YBrs. Dr. Fauziah binti Ahmad Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian), KKM

* YBrs. Encik Naser bin Jaafar, Ahli Lembaga Pengarah, AEON CO. (M) BHD

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

 

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-09-23 09:43:48 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page