MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

ISTIADAT KONVOKESYEN ILKKM 2025 -ILKKM NADI TENAGA KESIHATAN NEGARA

“KKM akan terus memperkasa kapasiti ILKKM sebagai hab strategik melahirkan tenaga kerja kesihatan terlatih -nadi utama perkhidmatan kesihatan negara yang turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.” -YB Menteri Kesihatan

22 September 2025 — Seramai 586 graduan telah menerima skrol daripada Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (Sidang 1), manakala seramai 372 graduan telah menerima skrol daripada Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab (Sidang 2) dalam Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2025 Zon Semenanjung.

Sepanjang 2025, ILKKM telah melahirkan seramai 6,316 graduan melalui pelbagai program latihan yang merangkumi:

  • 41 program Diploma Lanjutan/Pos Basik
  • 13 program Diploma/Sijil
  • 1 program Diploma Kejururawatan (Program Peralihan) atau Peningkatan Secara Lantikan.

Graduan terbaik turut diraikan dengan pengiktirafan berprestij seperti Anugerah Cemerlang Akademik, Anugerah Cemerlang Kokurikulum, Anugerah Emas bagi kecemerlangan tertinggi, serta Anugerah Perdana sebagai pengiktirafan tertinggi.

KKM menyeru semua graduan agar terus menjaga maruah profesion dengan penuh ihsan dan profesionalisme, menghayati semangat “Kami Sedia Membantu”, serta beriltizam menimba ilmu melalui penglibatan aktif dalam Alumni ILKKM.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #ILKKM

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2025-10-01 10:18:56 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page