MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA, PERAK

22 September 2025 - YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan mengadakan lawatan kerja ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi meninjau fasiliti, memastikan penyelenggaraan berterusan, meningkatkan mutu perkhidmatan serta kesiapsiagaan hospital menerima pesakit.

YB Menteri turut menerima taklimat mengenai keadaan semasa hospital, keperluan fasiliti termasuk penaiktarafan wad, serta cadangan penubuhan Institut Psikiatri Negara.

Peranan Hospital Bahagia sebagai Pusat Latihan Akademik:

  • Latihan Kepakaran Psikiatri
  • Subkepakaran (Forensik, Kanak-kanak & Remaja, Komuniti, Rehabilitasi)
  • Latihan pelajar perubatan/paramedik & ahli sains bersekutu (AHPs)
  • Diploma Lanjutan Psikiatri

Perkhidmatan psikiatri meliputi:

  • Penilaian dan diagnosis
  • Rawatan pesakit
  • Pemantauan dan jagaan jangka masa panjang
  • Pendidikan dan sokongan kepada pesakit dan keluarga
  • Penyelidikan dan pembangunan profesional
  • Latihan Pascasiswazah

Program rehabilitasi pula direka secara holistik, mengikut keperluan individu bagi membantu pesakit mencapai pemulihan optimum dan kehidupan lebih bermakna.

KKM sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan bagi memastikan masyarakat mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan inklusif.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-10-01 10:28:02 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page