MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PERASMIAN PUSAT KOMUNITI AI BERSAMA NIH AI DAY 2025

23 September 2025 — YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM meluncurkan NIH AI Day 2025 serta penubuhan Pusat Komuniti AI (AICC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) anjuran Institut Kesihatan Negara (NIH).

Inisiatif ini menjadi pemangkin dalam memajukan penyelidikan dan pengadaptasian teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sistem kesihatan negara demi kesejahteraan rakyat. Penubuhan AICC juga selari dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub AI serantau.

Majlis turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara NIH dan Roche, diwakili oleh YBrs. Dr. Murizal bin Zainol, Pengurus NIH, dan YBrs. Puan Deepti Saraf, Ketua Pegawai Eksekutif Roche.

Hadir sama YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) dan rakan strategik seperti MRANTI dan lain-lain.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image image

 


Kemaskini pada 2025-10-01 10:34:20 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page