“Majlis ini bukan sekadar sambutan, tetapi penghargaan terhadap dedikasi dan profesionalisme ahli farmasi dalam memacu pembangunan sistem kesihatan negara.”-YB Menteri Kesihatan
25 September 2025 — Majlis Perasmian Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan. Pada majlis ini, turut dilancarkan Program Santuni OKU: Kenali Ubat Anda sebagai manifestasi komitmen KKM dalam memastikan akses penjagaan kesihatan yang inklusif dan tidak meminggirkan mana-mana golongan.
Inisiatif utama Program:
- Label Ubat Mesra OKU – 250 fasiliti kesihatan menyediakan label Braille, kini ditambah baik dengan kod QR untuk video bahasa isyarat & audio.
- Kajian Kenali Ubat Anda - Merangka intervensi berdasarkan isu dan cabaran pengurusan ubat dalam kalangan OKU Penglihatan.
- Penambahbaikan Perkhidmatan — Kursus Bahasa Isyarat Malaysia, pembungkusan unit dos (projek Bawa Balik For You), serta lantikan Duta Kenali Ubat Anda daripada komuniti OKU.
- Akses Maklumat Ubat untuk OKU – Penubuhan Pusat Maklumat Ubat-ubatan untuk Orang Pekak (DIDCOM) dan bahan pendidikan mesra OKU
Pengiktirafan antarabangsa menerusi:
- Projek Inovasi OKMedi (Label Ubat Mesra OKU Penglihatan dalam tulisan Braille) — Pingat Emas di ICQCC Beijing)
- Projek Bridge-D’Gap — (antara 360 Projek Digital terbaik dunia
KKM menghargai peranan ahli farmasi sebagai tonggak penyampaian perkhidmatan farmaseutikal negara yang inklusif, inovatif dan berintegriti – selaras dengan nilai MADANI — Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta & Ihsan.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-10-01 10:42:20 daripada UKK Norhanita















