“Blueprint ini mengalihkan fokus kesihatan daripada kesedaran kepada tindakan serta daripada rawatan kepada pencegahan dan promosi kesihatan.”-YB Menteri Kesihatan
25 September 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan merasmikan Majlis Pelancaran National Blueprint For Behavioural Insights In Health.
National Blueprint for Behavioural Insight in Health ini hasil kerjasama KKM & WHO (Malaysia, Brunei, Singapura) menekankan perubahan tingkah laku, sistem & tanggungjawab bersama, bukan sekadar rawatan perubatan.
6 keutamaan:
- Integrasi dasar & program
- Bina kapasiti tenaga kerja
- Perkukuh penyelidikan & intervensi
- Pemantauan, penilaian & pembelajaran
- Sokongan pakar
- Kerjasama & advokasi
Blueprint ini menjadi hala tuju berwawasan selari RMK-13, menjadikan sains tingkah laku teras transformasi kesihatan negara.
Malaysia bakal menganjurkan Persidangan Kebangsaan Sains Tingkah Laku untuk Kesihatan pertama pada 2026.
KKM menyeru semua pihak untuk berganding bahu demi kesihatan lebih baik, sejajar dengan nilai MADANI: Kemampanan, Kesejahteraan & Ihsan.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-10-01 10:48:54 daripada UKK Norhanita














