“Dalam arus pemodenan,warisan ini tidak boleh dipinggirkan.Ia mesti dipelihara ,didokumentasi dan diiktiraf agar relevan untuk generasi kini dan akan datang.”-YB Menteri Kesihatan
27 September 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan merasmikan Program Jalinan Madani: Pemerkasaan Perubatan Tradisional Orang Asli Semenanjung, Anak Negeri Sabah dan Sarawak.
WHO (World Health Organization), agensi kesihatan dunia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mentakrifkan perubatan tradisional sebagai pengetahuan & amalan masyarakat yang digunakan untuk menjaga kesihatan dan merawat penyakit.
Fokus Program:
- Menghimpunkan penggubal dasar, pengamal tradisional, komuniti, penyelidik dan WHO
- Asas pembangunan pelan strategik pengiktirafan amalan tradisional
- Menjadi rujukan serantau dalam pengintegrasian perubatan tradisional
Sasaran Program:
- Membentang dapatan awal pemetaan pengamal dan amalan tradisional
- Menyediakan platform perkongsian ilmu dan pengalaman domestik serta antarabangsa
Keseluruhan:
- Program ini mengukuhkan kerjasama strategik untuk mengintegrasi perubatan tradisional ke dalam sistem kesihatan, sejajar dengan One Health dan WHO Traditional Medicine Strategy 2025–2034.
- Usaha berterusan termasuk pendokumentasian, penilaian saintifik dan pengiktirafan di bawah Akta 775, demi melestarikan warisan Orang Asli, Anak Negeri Sabah & Sarawak serta mempererat hubungan dengan komuniti.
KKM komited menyediakan perkhidmatan kesihatan inklusif sambil memperkukuh nilai perubatan tradisional.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-10-01 11:07:17 daripada UKK Norhanita

















