MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI-KESIHATAN KOMUNITI SEJAHTERA : SANTUNI & KAMPUNG ANGKAT MADANI

27 September 2025 — YBhg Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan merasmikan Program Santuni MADANI dan Kampung Angkat MADANI di Kampung Mensudut Lama, Segamat, Johor.

Penglibatan Komuniti

  • Kehadiran lebih 400 penduduk membuktikan penerimaan tinggi masyarakat terhadap usaha ini.
  • Kolaborasi antara KKM, Kerajaan Negeri Johor, NGO dan pemimpin akar umbi telah menggerakkan kepemilikan bersama (“community ownership”) terhadap agenda kesihatan.

Hasil Utama Program

  • Kesedaran & Perubahan Tingkah Laku Kesihatan

* Program pencegahan penyakit, kempen hentikan merokok, kesedaran bahaya dadah, serta promosi kesihatan di sekolah

  • Aktiviti kawalan lalat dan inisiatif rendah karbon telah memperbaiki kualiti persekitaran.
  • Saringan & Tindakan Kesihatan Awam

* Lebih 300 penduduk menjalani saringan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan kesihatan paru-paru.

* Kes berisiko dikenal pasti lebih awal dan dirujuk untuk rawatan, sekali gus mengurangkan beban penyakit di masa hadapan.

  • Infrastruktur Sihat & Mampan

* Jalan kampung dan pencahayaan LED baharu meningkatkan keselamatan komuniti.

* Balairaya dan masjid mesra alam dengan sistem solar, tadahan air hujan dan tandas OKU menjadikan fasiliti lebih inklusif.

* Kemudahan rekreasi Jeram Badoh dibangunkan sebagai ruang aktiviti sihat, manakala projek kitar semula dan landskap memperindah kampung serta menyokong gaya hidup lestari.

Program ini menjadikan Kampung Mensudut Lama sebagai model Kampung Sihat MADANI — komuniti yang sejahtera, makmur, mesra alam dan berdaya saing.

Turut hadir, YB Dato’ Zahari bin Sarip (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Kemajuan Luar Bandar Johor / ADUN Buloh Kasap), YBrs Dr Mokhtar Pungut (Pengarah JKN Johor), dan YBrs Dr Noraryana Hassan (Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM).

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #KampungAngkatMADANI

 

image image image image

 


Kemaskini pada 2025-10-01 11:37:49 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page