MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TERIMA PENGIKTIRAFAN PLATINUM BAGI PENGURUSAN ADUAN AWAM TAHUN 2025

“Dalam mendepani perubahan landskap negara pada hari ini,ketangkasan kementerian-kementerian  dalam menangani aduan rakyat menjadi satu kemestian.Ini kerana sesuatu aduan yang tidak ditangani dengan baik dan segera,akan mudah tersebar lebih-lebih lagi dengan penggunaan media sosial pada masa ini.” -Ketua Setiausaha Negara (KSN)

30 September 2025 — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima Pengiktirafan Platinum dalam Majlis Apresiasi Penarafan Pengurusan Aduan Awam Kementerian Tahun 2025.

Penganugerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), dan disampaikan kepada YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada KKM atas penerimaan Pengiktirafan Platinum bagi Pengurusan Aduan Awam Tahun 2025 – satu pencapaian yang membuktikan komitmen tinggi dalam dalam menguruskan aduan awam secara efisien, telus dan responsif, sejajar dengan usaha berterusan untuk menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

KKM komited menjadikan pencapaian ini sebagai pemangkin untuk terus memperkukuh sistem pengurusan aduan yang berkesan serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan kepada masyarakat.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-10-01 14:11:18 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page