“Peluncuran LungShiled bukan sekadar memeperkenalkan produk baru. Ia adalah kenyataan kukuh tentang komitmen bersama kita utuk menyelamatkan nyawa,mengurangkan ketidaksamaan dan membina Malaysia ynag lebih sihat.” -YB Menteri Kesihatan
30 September 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan meluncurkan inisatif NCSM LungShield, kerjasama antara National Cancer Society of Malaysia dan MCIS Life di bawah National Lung Health Initiative.
Fokus Utama:
- Meningkatkan pengesanan awal kanser paru-paru dengan saringan menyeluruh, kos mampu milik dan perlindungan kewangan, selari agenda kesihatan negara.
- 95% kes kanser paru-paru dikesan lewat (Tahap 3, 4)
- Kadar kelangsungan hidup hanya 4% jika lewat dikesan
- Perlindungan kewangan mengurangkan tekanan kos rawatan
- Mengurangkan kesesakan dan beban sistem kesihatan awam
Inisiaitf Utama LungShield:
- Saringan X-ray dada berasaskan AI
- Laluan Diagnostik Komprehensif (X-ray, CT Scan, Abdomen Ujian immunohistokimia)
- Perlindungan insurans sehingga RM10,000 setahun melalui LungLife
- Kos Berpatutan untuk Akses Maksimum
KKM komited memperkasakan pencegahan, pengesanan awal dan rawatan kanser paru-paru demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-10-01 14:21:55 daripada UKK Norhanita















