“Bulan Kesedaran Kanser Payudara menjadi platform untuk meningkatkan pemahaman masyarakat tentang pencegahan ,pengesanan awal dan rawatan melalui promosi berterusan serta aktiviti saringan sepanjang Oktober ini.”-YB Menteri Kesihatan
1 Oktober 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan meluncurkan Majlis Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025.
Bulan Kesedaran Kanser Payudara tahun ini mengangkat tema “Bersatu Demi Wanita: Sebarkan Kesedaran, Selamatkan Nyawa”, yang selari dengan tema Hari Kanser Sedunia 2025-2027 – “Penyatuan dalam Keunikan”. Tema ini menekankan kepentingan penyatuan dan kerjasama semua pihak dalam memerangi kanser.
Fokus utama adalah memperkasakan wanita berumur 30 hingga 65 tahun untuk menjalani saringan dari Oktober hingga Disember 2025 melalui pelbagai inisiatif:
- Pemeriksaan Klinikal Payudara (CBE)
- Saringan Komuniti
- Jelajah Saringan Mammogram menggunakan Trailer UniSZA dengan kerjasama NCSM
- Program Saringan Komprehensif
KKM menyeru kerjasama semua pihak bagi memperluas akses saringan, rawatan dan sokongan, seterusnya menyokong sasaran Global Breast Cancer Initiative ke arah kesedaran lebih tinggi, pengesanan awal, diagnosis tepat, dan rawatan komprehensif.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-10-03 09:39:05 daripada UKK Norhanita














