MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

OPS SELAMAT PaPa 2025: PARU-PARU SIHAT,GENERASI TERLINDUNG

1 Oktober 2025 — 1 Oktober 2025 menandakan pelaksanaan penuh Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852]. YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan menyertai Ops Selamat PaPa di Putrajaya sebagai simbolik bermulanya penguatkuasaan menyeluruh.

Bermula 1 Oktober 2024 sehingga 30 September 2025, sebanyak:

  • 400,477 premis diperiksa
  • 20,989 operasi dijalankan
  • 126,531 notis dikeluarkan di bawah Akta 852
  • 966 kertas siasatan dibuka bagi kesalahan tidak boleh dikompaun

Mulai hari ini, tindakan tegas akan dikenakan di bawah Akta 852 termasuk:

i. Seksyen 3 - Pendaftaran produk merokok

ii. Seksyen 10 – Menjual atau mempamerkan produk merokok yang tidak mematuhi kehendak yang ditetapkan

iii. Seksyen 15 – Mengilang, mengimport atau mengedar produk merokok tidak mengikut kehendak pembungkusan dan pelabelan.

Pelaksanaan operasi ini akan diteruskan secara strategik dengan kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara, bagi

memastikan keberkesanan penguatkuasaan Akta 852.

Sebarang kesalahan boleh dilapor melalui WhatsApp 010-8608949 atau laman rasmi jomlapor.com.

KKM menyeru semua lapisan masyarakat agar dapat bersama menjayakan penguatkuasaan penuh Akta 852 ini demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan generasi masa hadapan.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #Akta852

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-10-06 09:51:24 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page