“Apabila pekerja sihat ,selamat dan dilindungi ,mereka mampu menyumbang secara optimum serta meningkatkan daya saing organisasi dan produktiviti negara.” -YB Menteri Kesihatan
2 Oktober 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan meluncurkan Majlis Penutup Sambutan dan Seminar Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Day) 2025 bertema “Merevolusikan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan: Peranan AI & Pendigitalan”.
Lebih 500 peserta hadir – petugas kesihatan, pembuat dasar, akademik & rakan strategik.
Statistik 2024:
- 5,617 notifikasi kes
- 2,836 kemalangan kerja/berulang-alik
- 1,687 kecederaan tusukan jarum
- Penyakit: dermatitis, TB & kehilangan pendengaran akibat bising
Dalam majlis ini turut dilancarkan Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan di Fasiliti KKM (GP PKP) sebagai langkah memperkukuh perlindungan hampir 300,000 warga kerja KKM.
KKM kini mempunyai 61 fasiliti dengan 57 Doktor Kesihatan Pekerjaan, dilengkapi audiometer, spirometer serta diintegrasikan dengan Inisiatif Kesihatan Paru-paru (LHI) yang menggunakan teknologi X-ray AI untuk pengesanan awal penyakit paru-paru seperti TB dan kanser paru-paru.
Setakat ini, LHI dilaksanakan di 7 klinik dan bakal diperluas ke 150 klinik menjelang 2026.
KKM menyeru semua pihak bersama memperkukuh budaya kerja selamat & sihat, selaras dengan nilai MADANI.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-10-03 09:56:14 daripada UKK Norhanita




















