“Program seperti ini adalah satu inisiatif yang sangat penting kerana ia mendekatkan rakyat dan orang awam dengan maklumat yang sahih mengenai peranti perubatan.”-YB Timbalan Menteri Kesihatan
7 Oktober 2025 - YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan merasmikan Program Kesedaran Awam 2025 yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (Medical Device Authority: MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Program ini merupakan inisiatif MDA bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang peranan serta fungsi MDA sebagai badan kawal selia peranti perubatan di Malaysia . Ia turut bertujuan memupuk kesedaran terhadap penggunaan peranti perubatan yang selamat dan berdaftar, serta membanteras produk tidak berdaftar di pasaran.
Antara pengisian utama program:
- Sesi penerangan & ceramah kesedaran peranti perubatan
- Pameran interaktif agensi kerajaan & swasta (termasuk T&CM KKM)
- Saringan kesihatan percuma kepada pengunjung
MDA melalui KKM yakin inisiatif ini mampu memperkukuh kefahaman masyarakat tentang kepentingan memilih peranti perubatan selamat dan berdaftar, di samping menggalakkan kerjasama strategik pelbagai pihak — selaras dengan nilai MADANI: Kesejahteraan, Daya Cipta & Ihsan.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-10-08 11:14:32 daripada UKK Norhanita
















