9 Oktober 2025 — Majlis Perasmian Penutupan Tilawah Al-Quran Kali Ke-34 Tahun 1447H/2025M telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azah Hanim binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KKM.
Majlis Tilawah Al-Quran bukan sekadar acara tahunan, malah ia adalah manifestasi kecintaan warga KKM terhadap al-Quran dan merupakan usaha mendekatkan rahmat Ilahi dalam sistem kesihatan negara.
Dengan bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI’, Majlis Tilawah ini telah berlangsung pada 7 hingga 9 Oktober 2025. Seramai 30 orang Qari dan Qariah yang mewakili negeri masing-masing telah memperdengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Kriteria penjurian adalah dari aspek Tajwid, Tarannum, Fasahah dan suara.
Keputusan penuh pertandingan:
- Kategori Qari
- Johan: Dr. Muhammad Hazim bin Sharum, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
- Naib Johan: Encik Ahmad Mukhlis bin Yahya, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
- Tempat Ketiga: Haji Mohd Hazwan bin Hamdan, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
- Kategori Qariah
- Johan: Puan Izzatul Amirah binti Md Asari, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
- Naib Johan: Puan Fazilah binti Abdul Razak, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
- Tempat Ketiga: Puan Norhashimah binti Md Ashari, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
- Johan Keseluruhan
- Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Turut hadir ialah YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Bahagian Kanan Pembangunan dan YBrs. Dr. Ruzita binti Mustaffa, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Pengarah-pengarah Kesihatan Negeri serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-10-10 10:13:46 daripada UKK Norhanita


















